Thursday, July 10, 2008

Tak cukup SPM je, mana solat ?


Allah swt berfirman dalam surah al Maidah ayat ke 55:

Sesungguhnya wali (pemimpin) kamu adalah Allah, Rasul Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka dalam berkeadaan ruku' (tunduk menjunjung perintah Allah swt).

Saranan Menteri Besar Kelantan agar menunaikan solat lima waktu termasuk tidak meninggalkan solat Jumat dijadikan syarat mandatori bagi oarang Islam yang ingin berkhidmat dengan kerajaan negeri Kelantan adalah amat tepat tanpa perlu perbahasan.

Kata Tok Guru kalau peraturan sekarang mewajibkan lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM contohnya, apa salahnya beliau menambahkan satu lagi syarat iaitu tidak tinggal solat! Bagi umat Islam tidak kira apa sandaran politik atau fahaman mereka, tidak ada sebab untuk kita menidakkan saranan yang baik ini kecuali kita merasakan bahawa solat atau tidak itu sebenarnya adalah opsyen khasnya dalam membicarakan aspek hak asasi manusia. Kalau begitu maka ucapkanlah selamat tinggal kepada Islam.


Saya kita amat baik sekiranya dapat dijadikan syarat tambahan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam dengan memastikan sekurang-kurangnya Rukun Islam dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh penjawat awam berkenaan. Bukankah logik sekali jika ingin dikatakan bahawa bagaimana seseorang muslim itu hendak dinaikkan pangkat dalam perkhidmatan sekiranya dia belum lagi meningkatkan pangkat dirinya sebagai seorang muslim, mukmin dan muttaqin.

Saya kira inilah proses tarbiyah yang cuba diterapkan oleh Tok Guru dalam mendidik rakyatnya ke arah meletakkan seluruh ubuduiyyah kepada Allah s.w.t. Kita semua yakin sekiranya umat Islam menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebaiknya, tidak timbul masalah penyalahgunaan kuasa, kronisme, rasuah, sapu wang rakyat dan sebagainya.

Amat wajar sekali negeri-negeri lain tidak kira sama ada diperintah oleh Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional mengenakan syarat yang sama dalam mengambil kakitangan kerajaan (yang beragama Islam) masing-masing.


p/s : Sebab apa Saiful Bukhari menuduh dia diliwat Anwar tanpa membawa 4 saksi ? Saiful Bukhari sempurna ke solat 5 waktu?
Azizan dulu pun dah terkantoi khalwat selepas menuduh dia diliwat Anwar . Saiful macam mana selepas ni?
Semoga kita tergolong dalam golongan yang istiqamah dengan ajaran Islam !

No comments: