Pertamanya ingin saya ucapkan selamat datang kepada adik-adik baru ke UIAM Kampus Kuantan, Taman Budi dan Ilmu. Suasana dan kehidupan di kampus yang telah ditempuh semasa di Pusat Asasi dahulu sememangnya berbeda sama sekali dengan suasana di sini.
Apa yang penting ialah bagaimana adik-adik memanfaatkan tempoh berada di kampus selama 4 @ 5 tahun dengan sebaik mungkin? Ya, jika ditanya apakah yang ingin dicapai selama bergelar sebagai seorang mahasiswa? Mungkin jawapan akan yang diberi adalah first class degree, 4.00 flat setiap semester, distinction dan seumpanya. Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya menjadi salah seorang penerima anugerah pada hari konvokesyen selepas tamat belajar nanti.
Saya ingin melontarkan satu pertanyaan, adakah cukup kita menjadi seorang pelajar yang hanya mengejar segulung ijazah? Bagaimana pula dengan ilmu lain seperti soft skills yang mana pada pandangan saya amat penting untuk dipelajari dan digarap sebaik dan sebanyak mungkin selama mendiami alam kampus ini. Seperti yang kita sedia maklum, berapa banyak lepasan universiti gagal dalam sessi temuduga bukan disebabkan rendahnya pencapaian akademik tetapi kurangnya dari segi added value dalam diri mereka. Tentu sahaja kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, pengucapan awam, menulis, memimpin dab sebagainya tidak mampu disediakan oleh lecturer dan didapati di dalam bilik kuliah. Namun, semua ini memerlukan penglibatan adik-adik secara langsung dalam persatuan, aktiviti kemasyarakatan dana sebagainya. Harus diingat bahawa universiti bukanlah medan untuk melahirkan pekerja yang akan berkhidmat sama ada bersama agensi kerajaan mahupun swasta semata-mata, namun yang lebih penting adalah untuk menjadi jurubicara dan pekerja kepada masyarakat dan ummat. Ummat memerlukan anda semua!
Adik-adik sekalian,
Uruskanlah masa anda dengan sebaik mungkin. Rancanglah aktiviti harian, minguan, bulanan mahupun tahunan anda. Cemerlang akademik, cemerlang juga dalam pengurusan diri dan persatuan."If you fail to plan, you plan to fail". Andalah yang berhak menentukan masa anda. "Begin with the end in mind". Mulakan dengan matlamat akhir anda. Apakah yang anda ingin capai sepanjang anda bergelar mahasiswa. Jika anda ingin menjadi seoorang doktor, ahli farmasi dan sebagainya sahaja, anda berhak menentukannya. Namun, jika anada ingin menjadi seorang ahli professional yang memahami dan menyelami masalah ummat dan bersedia untuk meletakkan diri anda dalam kancah masalah ummat, anda juga berhak dan mampu melakukannya. Yang pasti, andalah yang menentukan siapa diri anda nanti dan merancang ke arah matlamat tersebut. Saya tidak menafikan kita hanya merancang, tetapi Allah lah yang lebih berhak untuk menjadikan kita yang terbaik. Namun, perlu ada usaha ke arah itu.
Sebelum mengakhiri bicara, suka saya memetik kata-kata daripada seorang tokoh besar, Abu 'Ala al Maududi :
"Kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan."
No comments:
Post a Comment