Monday, July 7, 2008

Jom Heboh @ PROTES?


Tergamam saya menyaksikan sendiri 'PROTES SEJUTA RAKYAT' yang telahberlangsung pada 6 Julai lepas (semalam) . Sangkaan saya , PROTES tersebut benar – benar akan mobilisasi kemarahan rakyat untuk mengutuk tindakan zalim kerajaan UMNO dan BN setelah derita dan sengsara dengan kenaikan harga minyak . Tetapi setelah saya menyaksikan dengan mata saya sendiri, saya ternyata keliru adakah ini DEMONSTRASI atau KONSERT hiburan ?

Saya dan rakan-rakan yang yang datang dari jauh merentasi Banjaran Titiwangsa bertunggangkan makhluk berkaki dua berasa amat kecewa sangat terhadap apa yang disaksikan. Rakyat bagai dipermain dan dipersenda . Mereka hadhir kerana mahu membantah kenaikan harga minyak dan mahu mendesak agar kerajaan UMNO dan BN memahami derita rakyat lalu menurunkan harga minyak . Mereka bukan datang untuk berhibur !

Sebaik sahaja kami tiba di stesyen LRT Kelana Jaya, saya melihat kelibat para ahli Pemuda PAS yang datang dari seluruh pelusuk negara 'melepak' di situ. Persolan timbul di fikiran saya mengapa mereka pulang telalu awal (lebih kurang 2.00 petang). Sebaik sja tiba di stadium MPPJ, ternyata telahan saya tepat. Tiada sangat aksi apa yang dikatakan demo, tetapi 'Jom Heboh' anjuran Geramm.


Benar kita konsisten dalam menentang tindakan kerajaan menaikkan harga minyak ke tahap yang membebankan rakyat , tetapi kita tidak boleh bersetuju cara dan pendekatan seperti ini . Kelihatan PROTES seperti tidak serius dan hanya bermain – main dengan kesengsaraan dan derita rakyat .
DEMO bukan pesta dan hiburan , tetapi DEMO adalah himpunan untuk rakyat bersatu menyatakan sikap , perasaan dan bantahan mereka terhadap pihak kerajaan yang telah merampas hak mereka . Di mana semangat PROTES itu sendiri yan membwa maksud membantah!

Mengutuk dan membantah adalah suatu tindakan yang memerlukan kesungguhan , keikhlasan , keseriusan bukan hiburan dan keseronokan . Dan apa yang paling penting , biarpun sehebat mana dan setinggi mana kemarahan kita , sebagai seorang muslim kita tidak boleh menggunakan kaedah matlamat menghalalkan cara .



'Protes' di atas pentas oleh kumpulan band Republik of Brickfield ( ROB ) ,dan Caburator Dung ) ternyata amat mengecewakan saya, apatah lagi mengecewakan luahan hati rakyat.
Kenapa PROTES tidak mobilisasi DEMO ini sebagaimana BERSIH tempohari ? mungkin PROTES boleh membuat lebih baik dari BERSIH dengan mengubah strategi yang lain , tetapi bukan menukarnya menjadi KONSERT PROTES .



Demo atau Konsert ? ini adalah kekeliruan besar . Melihat pada aktiviti yang tertera pada poster yang tidak ditampal ini ( sebab poster yang ditampal dibuat dalam versi lain yang tidak mengandungi aktiviti detail ) , saya tidak nampak Tuan Guru Mursyidul Am selaku MB kelantan akan hadhir ! demikian juga Tuan Haji Hadi , kalau yang dimaksudkan dengan Tuan Haji Hadi.


Walaupun tidak dinafikan kemuncak PROTES ini ialah ceramah umum oleh pimpinan kanan Pakatan Rakyat pada sebelah malamnya, namun seharusnya DEMO pada siangnya adalah benar-benar demo. Bukannya tunjukkan demo bagaimana hendak bermain guitar @ band.Saya tidak bermaksud saya anti hiburan, tetapi harus kena kaedahnya.



Janganlah rintihan dan unjuk rasa rakyat dicabul Cukuplah konsert Jom Heboh, Gengstarz, Malaysian Idiol dan seumpanya melukakan hati rakyat terutamanya rakyat umat Islam (bukan Islam Hadhari)! Apakah rakyat tidak tahu membezakan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional? Semoga penganjuran 'Jom Heboh' ini mampu memuhasabahkan kita. Jangan sampai Allah menarik kembali amanah kemenangan daripada Paktan Rakyat dalam PRU yang ke-13 akan datang.


"PAS For All"






No comments: