Thursday, July 24, 2008

Salam ukhuwwah bersama EXCO MPP KIPSAS, POLISAS dan IKIP

EXCO SRC UIA bersama EXCO MPP KIPSAS

Alhamdulillah, pada 19 Julai 2008 saya bersama 6 orang EXCO SRC UIAM Kampus Kuantan sempat mengadakan pertemuan bersama ECXO MPP KIPSAS, POLISAS, dan IKIP di Kuantan, Pahang. Walaupun pertemuan yang singkat untuk bersama setiap MPP kampus-kampus tersebut, namun kemanisan ukhuwwah dapat dirasai. Perbincangan dua hala memberikan banyak input dan manfaat di samping perkongsian pintar pengalaman mentadbir dan menguruskan hal ehwal mahasiswa oleh setiap MPP di kampus masing-masing. Semoga bertemu lagi dalam medan Dewan Rakyat pada masa hadapan, insyaallah.

'SINCERE RELIABLE COMMITTED'

EXCO SRC UIA bersama EXCO MPP POLISAS

EXCO SRC UIA bersama EXCO MTP IKIP (pemuda)

EXCO SRC UIA bersama EXCO MTP IKIP (wanita)

Wednesday, July 16, 2008

Kehilangan Bapa Pembangunan Bola Sepak Kedah sukar dicari ganti



Kembaliya bekas pengurus pasukan bola sepak Kedah, Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil ke rahmatullah, akibat serangan jantung ketika menghadiri satu majlis di Istana Anak Bukit, petang semalam mengejutkan banyak pihak terutamanya peminat bola sepak Kedah.

Ahmad Basri, 69, yang juga bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, dipercayai diserang sakit jantung sebaik tiba di pekarangan istana dan berjalan masuk ke majlis pelancaran setem kenang-kenangan sempena sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, kira-kira jam 2.15 petang.

Semoga almarhum tergolong bersama golongan solehin., amin..

Tahniah buat Anwar, Shabree dan TV9

Tahniah buat Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana telah mengemukakan hujah berdasarkan fakta yang cukup baik
Tahniah buat Datuk Ahmad Shabery Chik kerana berani menghadapi Anwar Ibarahim secara terbuka disaksikan rakyat
Tahniah buat TV9 kerana menyiarkan siaran secara langsung debat ini.
Tahniah kepada Agenda Daily kerana berjaya menganjurkan debat ini.
Tahniah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka serta Datuk Johan Jaafar kerana berjaya memainkan peranan dengan sangat baik dalam debat ini.

Saya tidak berhajat untuk mengulas panjang berkenaan debat antara dua orang tokoh yang disegani ini. Anda lah yang layak untuk mengulas debat ini dari perspektif anda sendiri. Biarlah rakyat yang menjadi hakim menentukan siapa yang menang atau tewas dalam pertarungan selama sejam itu.

Apa yang menarik perhatian saya ialah kedua-dua tokoh tersebut merupakan bekas aktivis mahasiswa yang berjuang bersama keringat rakyat semasa di alam kampus dahulu (Universiti Malaya). Persoalannya, sejauh manakah gerakan mahasiswa sekarang mampu melahirkan pemimpin seperti mereka?

Satu perkara yang amat mengecewakan rakyat ialah 'ghaibnya' Pak Lah atau Najib dan RTM untuk berhadapan dengan Anwar secara profesional dalam debat ini.
Tahniah buat semua yang telah menjayakan debat ini...

Thursday, July 10, 2008

Tak cukup SPM je, mana solat ?


Allah swt berfirman dalam surah al Maidah ayat ke 55:

Sesungguhnya wali (pemimpin) kamu adalah Allah, Rasul Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka dalam berkeadaan ruku' (tunduk menjunjung perintah Allah swt).

Saranan Menteri Besar Kelantan agar menunaikan solat lima waktu termasuk tidak meninggalkan solat Jumat dijadikan syarat mandatori bagi oarang Islam yang ingin berkhidmat dengan kerajaan negeri Kelantan adalah amat tepat tanpa perlu perbahasan.

Kata Tok Guru kalau peraturan sekarang mewajibkan lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM contohnya, apa salahnya beliau menambahkan satu lagi syarat iaitu tidak tinggal solat! Bagi umat Islam tidak kira apa sandaran politik atau fahaman mereka, tidak ada sebab untuk kita menidakkan saranan yang baik ini kecuali kita merasakan bahawa solat atau tidak itu sebenarnya adalah opsyen khasnya dalam membicarakan aspek hak asasi manusia. Kalau begitu maka ucapkanlah selamat tinggal kepada Islam.


Saya kita amat baik sekiranya dapat dijadikan syarat tambahan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam dengan memastikan sekurang-kurangnya Rukun Islam dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh penjawat awam berkenaan. Bukankah logik sekali jika ingin dikatakan bahawa bagaimana seseorang muslim itu hendak dinaikkan pangkat dalam perkhidmatan sekiranya dia belum lagi meningkatkan pangkat dirinya sebagai seorang muslim, mukmin dan muttaqin.

Saya kira inilah proses tarbiyah yang cuba diterapkan oleh Tok Guru dalam mendidik rakyatnya ke arah meletakkan seluruh ubuduiyyah kepada Allah s.w.t. Kita semua yakin sekiranya umat Islam menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebaiknya, tidak timbul masalah penyalahgunaan kuasa, kronisme, rasuah, sapu wang rakyat dan sebagainya.

Amat wajar sekali negeri-negeri lain tidak kira sama ada diperintah oleh Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional mengenakan syarat yang sama dalam mengambil kakitangan kerajaan (yang beragama Islam) masing-masing.


p/s : Sebab apa Saiful Bukhari menuduh dia diliwat Anwar tanpa membawa 4 saksi ? Saiful Bukhari sempurna ke solat 5 waktu?
Azizan dulu pun dah terkantoi khalwat selepas menuduh dia diliwat Anwar . Saiful macam mana selepas ni?
Semoga kita tergolong dalam golongan yang istiqamah dengan ajaran Islam !

Wednesday, July 9, 2008

Cukupkah sekadar segulung ijazah


Pertamanya ingin saya ucapkan selamat datang kepada adik-adik baru ke UIAM Kampus Kuantan, Taman Budi dan Ilmu. Suasana dan kehidupan di kampus yang telah ditempuh semasa di Pusat Asasi dahulu sememangnya berbeda sama sekali dengan suasana di sini.

Apa yang penting ialah bagaimana adik-adik memanfaatkan tempoh berada di kampus selama 4 @ 5 tahun dengan sebaik mungkin? Ya, jika ditanya apakah yang ingin dicapai selama bergelar sebagai seorang mahasiswa? Mungkin jawapan akan yang diberi adalah first class degree, 4.00 flat setiap semester, distinction dan seumpanya. Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya menjadi salah seorang penerima anugerah pada hari konvokesyen selepas tamat belajar nanti.
Saya ingin melontarkan satu pertanyaan, adakah cukup kita menjadi seorang pelajar yang hanya mengejar segulung ijazah? Bagaimana pula dengan ilmu lain seperti soft skills yang mana pada pandangan saya amat penting untuk dipelajari dan digarap sebaik dan sebanyak mungkin selama mendiami alam kampus ini. Seperti yang kita sedia maklum, berapa banyak lepasan universiti gagal dalam sessi temuduga bukan disebabkan rendahnya pencapaian akademik tetapi kurangnya dari segi added value dalam diri mereka. Tentu sahaja kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, pengucapan awam, menulis, memimpin dab sebagainya tidak mampu disediakan oleh lecturer dan didapati di dalam bilik kuliah. Namun, semua ini memerlukan penglibatan adik-adik secara langsung dalam persatuan, aktiviti kemasyarakatan dana sebagainya. Harus diingat bahawa universiti bukanlah medan untuk melahirkan pekerja yang akan berkhidmat sama ada bersama agensi kerajaan mahupun swasta semata-mata, namun yang lebih penting adalah untuk menjadi jurubicara dan pekerja kepada masyarakat dan ummat. Ummat memerlukan anda semua!

Adik-adik sekalian,
Uruskanlah masa anda dengan sebaik mungkin. Rancanglah aktiviti harian, minguan, bulanan mahupun tahunan anda. Cemerlang akademik, cemerlang juga dalam pengurusan diri dan persatuan."If you fail to plan, you plan to fail". Andalah yang berhak menentukan masa anda. "Begin with the end in mind". Mulakan dengan matlamat akhir anda. Apakah yang anda ingin capai sepanjang anda bergelar mahasiswa. Jika anda ingin menjadi seoorang doktor, ahli farmasi dan sebagainya sahaja, anda berhak menentukannya. Namun, jika anada ingin menjadi seorang ahli professional yang memahami dan menyelami masalah ummat dan bersedia untuk meletakkan diri anda dalam kancah masalah ummat, anda juga berhak dan mampu melakukannya. Yang pasti, andalah yang menentukan siapa diri anda nanti dan merancang ke arah matlamat tersebut. Saya tidak menafikan kita hanya merancang, tetapi Allah lah yang lebih berhak untuk menjadikan kita yang terbaik. Namun, perlu ada usaha ke arah itu.

Sebelum mengakhiri bicara, suka saya memetik kata-kata daripada seorang tokoh besar, Abu 'Ala al Maududi :
"Kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan."

Monday, July 7, 2008

Jom Heboh @ PROTES?


Tergamam saya menyaksikan sendiri 'PROTES SEJUTA RAKYAT' yang telahberlangsung pada 6 Julai lepas (semalam) . Sangkaan saya , PROTES tersebut benar – benar akan mobilisasi kemarahan rakyat untuk mengutuk tindakan zalim kerajaan UMNO dan BN setelah derita dan sengsara dengan kenaikan harga minyak . Tetapi setelah saya menyaksikan dengan mata saya sendiri, saya ternyata keliru adakah ini DEMONSTRASI atau KONSERT hiburan ?

Saya dan rakan-rakan yang yang datang dari jauh merentasi Banjaran Titiwangsa bertunggangkan makhluk berkaki dua berasa amat kecewa sangat terhadap apa yang disaksikan. Rakyat bagai dipermain dan dipersenda . Mereka hadhir kerana mahu membantah kenaikan harga minyak dan mahu mendesak agar kerajaan UMNO dan BN memahami derita rakyat lalu menurunkan harga minyak . Mereka bukan datang untuk berhibur !

Sebaik sahaja kami tiba di stesyen LRT Kelana Jaya, saya melihat kelibat para ahli Pemuda PAS yang datang dari seluruh pelusuk negara 'melepak' di situ. Persolan timbul di fikiran saya mengapa mereka pulang telalu awal (lebih kurang 2.00 petang). Sebaik sja tiba di stadium MPPJ, ternyata telahan saya tepat. Tiada sangat aksi apa yang dikatakan demo, tetapi 'Jom Heboh' anjuran Geramm.


Benar kita konsisten dalam menentang tindakan kerajaan menaikkan harga minyak ke tahap yang membebankan rakyat , tetapi kita tidak boleh bersetuju cara dan pendekatan seperti ini . Kelihatan PROTES seperti tidak serius dan hanya bermain – main dengan kesengsaraan dan derita rakyat .
DEMO bukan pesta dan hiburan , tetapi DEMO adalah himpunan untuk rakyat bersatu menyatakan sikap , perasaan dan bantahan mereka terhadap pihak kerajaan yang telah merampas hak mereka . Di mana semangat PROTES itu sendiri yan membwa maksud membantah!

Mengutuk dan membantah adalah suatu tindakan yang memerlukan kesungguhan , keikhlasan , keseriusan bukan hiburan dan keseronokan . Dan apa yang paling penting , biarpun sehebat mana dan setinggi mana kemarahan kita , sebagai seorang muslim kita tidak boleh menggunakan kaedah matlamat menghalalkan cara .



'Protes' di atas pentas oleh kumpulan band Republik of Brickfield ( ROB ) ,dan Caburator Dung ) ternyata amat mengecewakan saya, apatah lagi mengecewakan luahan hati rakyat.
Kenapa PROTES tidak mobilisasi DEMO ini sebagaimana BERSIH tempohari ? mungkin PROTES boleh membuat lebih baik dari BERSIH dengan mengubah strategi yang lain , tetapi bukan menukarnya menjadi KONSERT PROTES .



Demo atau Konsert ? ini adalah kekeliruan besar . Melihat pada aktiviti yang tertera pada poster yang tidak ditampal ini ( sebab poster yang ditampal dibuat dalam versi lain yang tidak mengandungi aktiviti detail ) , saya tidak nampak Tuan Guru Mursyidul Am selaku MB kelantan akan hadhir ! demikian juga Tuan Haji Hadi , kalau yang dimaksudkan dengan Tuan Haji Hadi.


Walaupun tidak dinafikan kemuncak PROTES ini ialah ceramah umum oleh pimpinan kanan Pakatan Rakyat pada sebelah malamnya, namun seharusnya DEMO pada siangnya adalah benar-benar demo. Bukannya tunjukkan demo bagaimana hendak bermain guitar @ band.Saya tidak bermaksud saya anti hiburan, tetapi harus kena kaedahnya.



Janganlah rintihan dan unjuk rasa rakyat dicabul Cukuplah konsert Jom Heboh, Gengstarz, Malaysian Idiol dan seumpanya melukakan hati rakyat terutamanya rakyat umat Islam (bukan Islam Hadhari)! Apakah rakyat tidak tahu membezakan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional? Semoga penganjuran 'Jom Heboh' ini mampu memuhasabahkan kita. Jangan sampai Allah menarik kembali amanah kemenangan daripada Paktan Rakyat dalam PRU yang ke-13 akan datang.


"PAS For All"






Friday, July 4, 2008


Ia hanya seekor kambing, punya dua mata, dua tanduk, ekor, punya otak, punya hati dan perasaan. Tetapi untungnya kambing. Ia tidak dipersoalkan oleh Allah, sedangkan kita yang berakal dipersoalkan Allah. Makanya, kata Abu Ubaidah Amir al-Jarrah, "Lebh baik daku menjadi kambng, disembelih, dibuat sup dan akhirnya dibuat hidangan untuk keluargaku".


Bagaimana pula dengan manusia yang derhaka kepada Allah jika dibandingkan dengan khinzir!??? Ya ALLAH, ampunilah kami