Friday, August 22, 2008

Antara masjid dan solat berjemaah, di mana kita?



Kisah 1

Pada malam semalam (21 Ogos 2008) saya sempat singgah untuk menunaikan solat maghrib di sebuah masjid yang diberi nama Masjid Paya Bongor, kira-kira 25 km dari Kuantan, ketika saya bersama rakan-rakan dari Department RAdiography dan sebahagian dari Medic dalam perjalanan pulang menaiki bas uia dari Temerloh ke Kuantan. Saya agak terkejut sebaik sahaja melihat masjid yang nampak cukup cantik (mungkin baru dicat) tetapi tidak nampak satu kehidupan pun (bahasa seberang) dengan mata kepala kami dalam masjid itu. Ditambah pula dengan keadaan gelap gelita menyelubungi bangunan masjid. Hairan. Walhal jam di tangan sudah menunjukkan jam 7.40 malam. "Tak kan waktu maghrib tak masuk lagi", tanya saya kepada seorang rakan. Sah. tidak ada seorang manusia pun yang datang solat ke masjid itu. "Mungkin jin-jin Islam yang memenuhi ruang kosong masjid ini", hati kecilku berkata.

Kisah 2

2 minggu lepas saya berkesempatan melawat ke Taman Tamadun Islam, Terengganu, ketika dalam dalam perjalanan pulang dari rumah saudara di Kuala Terengganu sempena kenduri kahwin. Masjid Kristal dan replika pelbagai jenis masjid ter4sohor di dunia membutkan mata saya terpaku sejenak. Memang cantik. Tapi yang peliknya, hati saya sikit pun tidak berasa berkenan untuk masuk ke dalam MAsjid yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu itu (kononnya) walhal orang ramai ketika itu berpusu-pusu untuk masuk ke dalammnya. Mungkin @ memang tidak ada 'izzah yang membuatkan tidak terdetik di hati saya untuk masuk ke dalam masjid itu.

Daripada 2 kisah tersebut, timbul satu pertanyaan yang mungkin anda boleh menjawabnya. Mengapa masjid kini sudah tidak di'imarahkan lagi oleh umat islam? Mengapa masjid hanya dibanggakan sebagai satu simbol sahaja tanpa ada roh yang mampu menghidupkannya? Mengapa masjid tidak lagi berfungsi sebagai pusat kegiatan umat Islam sebagaimana peranan yang dimainkan oleh Masjid Nabawi yang menjadi masjid pertama dalam sejarah umat Islam yang menghubungkan persaudaraan antara golongan Muhajirin dan Ansar dalam peristiwa hijrah nabi s.a.w.
Sekiranya persoalan-persoalan ini mampu diterjemahkan secara praktikal bersama penghayatan, saya kira banyak permasalahan umat yang semakin runcing dewasa ini mampu ditangani. Di mana peranan masjid sebagai pusat ilmu, pusat khidmat masyarakat, dan pelbagai bentuk sumbangan lain yang boleh diberikan kepada ummah? Apakah cukup masjid sekadar dibuka pintunya oleh Tok Siak dan kemudian ditutup semula oleh Tok Siak itu? Itupun kalau ada manusia uyang amsih hidup hatinya uuntuk solat berjemmah di masjid. JIka tidak, yang ada hanyalah Tok imam, Tok Bilal dan dan Tok Siak. Benarlah Firman Allah s.w.t dalam surah At-Taubah, yang bermaksud :
"Sesungguhnya mereka yang mengimarahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat....."
Saya juga suka untuk membicarakan tentang kesederan kita untuk solat berjemaah. Lazim sekali kita ramai orang Muslim yang berhenti di R&R lebuh raya untuk menunaikan solat (tidak kira sama ada solat tama atau jama' qosor). Yang pelik dan sedihnya, keadaan yang selalu dilihat ialah mengapa susah dan sukar sangat untuk mereka solat berjemaah bersama-sama. Apa yang dibannga sangat dengan solat secara fardi (berseorangan)? Dapat pahala lebih, lebih sah solatnya, lebih khusyuk @ nak cepat? Bagi saya tidak ada tuntutan yang lebih baik apabila sudakh amsuk waktu solat melainkan untuk solat berjemaah, sekiranya tidak ada keuzuran. Nak kata dapat pahala dan khusyuk, saya kira semua kita bersetuju dan tahu fadhilat solat berjemaah adalah 27 kali ganda berbanding solat secara bersendiriam berdasarkan sebuah hadis yang sohih. Lebih khusyu' juga dengan solat berjemaah. melainkan hati kita memang tidak kusyu', dipenuhi dengan maksiat , tidak kira solat secara sendirian mahupun berjemaah. Tetapi inilah hakikat yang agak menyedihkan kita. Pernah satu ketika saya ingin menunaikan solat Isya' di sebuah surau yang agak kecil yang terletak di sebuah wad di sebuah hospital ketika melawat seorang rakan di wad tersebut. Saya pun mengajak seorang saudara muslim yang ingin bersolat di surau itu untuk solat berjemaah bersama-sama. Tapi jawapan yang diterima amat mengecewakan sebagai seorang muslim. Dia berkata "Lebih baiklah solat sendiri-sendiri, kalaa nak solat berjemaah, kita mana tahu siapa yang jadi imam kta. entah sapa-sapa imam kita tu" Hati kecil saya cukup kecewa. Saya cuba meyakinnya dengan memberitahu kelebihan solat berjemaah (Saya menganggap di lebihthu daripada saya). Tak cukup dengan itu, saya memintaya dia menjadi Imam dan saya sebagai makmum. Namun hasrat untuk solat berjemaah bersama-sama tetap gagal. Selepasa itu masing-masinglah solat secara fardi. Say tidak mahu menyalahkan hamba Allah itu. Mungkin dia tidak tahu @ buat-buat tak tahu, hanya Allah lah yang lebih tahu mengenainya. tapi, bagaimana pula dengan kita yang tahu, tapi masih buat macam tak tahu?

Itu lah sedikit coretan untuk perkongsian bersama yang tidak seberapa. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan menghidupkan hati kita dengan taufiq dan hidayahnya untuk kita terus istiqamah dengan ketaatan dalam agamaNya. Amin Ya Rabbal 'Alamin

No comments: